Khamis, 4 November 2010

Chinese style Lemon Chicken

Resepi nie aku dapat dari my Love sIs .. skunk nie dier ada kat kuwait .. jauhkan ?? bilerla nak balik m'sia windu sangat2 kat dier .. walaupon xpenah bersua tapi rasa dah lama sangat berkawan .. nengok pic yang k.ina amik cantik jer rupa dier .. aku nyer terpekat sangat .. kes terlebey bubuh tepung jagung .. hihihihi .. wat ever .. yang penting sedap .. mR. hubBy cakap malam yang indah ngan masakan istimewa sangat .. nak amik atila konon .. hihihi ..dan korang jangan pelik ok patutnyer dihias ngan lemon n daun bawang .. aku malas .. so aku amik cili merah hias atas ayam 2 .. hahahahaha ..



Bahan-bahan
10 strips boneless chicken fillet/breast (dipotong 1")
Bahan Marinade:
3 sudu besar kicap cair-
1 sudu kecil garam

Bahan Batter:
1 biji telur (saiz besar)
1/4 cup tepung jagung
1 sudu kecil lada putih

Bahan Sos:
1/3 cup gula- ltk 2 sudu campur madu sket
1 cup stok ayam
2 sudu besar tepung jagung
1/2 biji lemon (diambil jusnya sahaja)
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak- gune butter
Pewarna kuning (optional)

Cara-cara 
  • Mula-mula, marinade ayam yang telah dipotong tadi dengan kicap cair dan garam. Kalau boleh biarkan selama 30 minit, tapi kalau nak cepat 10 minit pun jadi la.
  • Untuk buat bahan batter, pukul 1 biji telur tadi dan campurkan tepung jagung dan lada putih, dan celupkan ayam kedalam adunan sebelum menggoreng. Tapi untuk ayam lebih crispy, saya selalu celup dalam telur dulu baru celup dengan tepung(dry) supaya ayam lagi crispy bila digoreng. Deep fry ayam selama beberapa minit sehingga golden brown. Toskan ayam dan biarkan.
  • Untuk membuat sos campurkan semua bahan sos kecuali minyak dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati. Jika menggunakan pewarna boleh diletakkan sekarang
  • Panaskan 2 sudu minyak masak dan masukkan semua bahan sos yang telah dicampur tadi. Kacau sos hingga sebati dan warnanya clear (tidak keruh) *kalau tak cukup rasa masam, boleh tambah lagi jus lemon
  • Setelah sos siap, boleh la digaul bersama ayam yang telah digoreng tadi dan dihias bersama sedikit hirisan lemon dan daun bawang.

0 ulasan:

Catat Ulasan