Jumaat, 26 Februari 2010

Chicken Chop 'n' Sos Lada Hitam

semalam hubby request nak makan chicken chop...huhuhu...demam2 pon bleh mintak makanan western plak....so aku nie plak jenis xsampai ati biler hubby request...so watkan la....nengok jele pic2 yang aku snap n pic hubby kepuasan makan masakan aku....hubby siap cakap jangan luper upload pic dier kat n3 chicken chop tau...hihihihihi...dier pon nak nak gak...adehhhh...resepi nie aku wat sendir hasil rujukan aku kat sini n sini...aku wat ikut selera aku tapi hasilnyer memang memuaskan sangat...k.hana nurul mintak izin ubah resepi dari akak ek kat n3...halalkan tau....hihihi...korang layan dulu pic sampai muak baru dapat resepi kat bawah k...


sebelum letak sos lada hitam


dan lagi


pas bubuh sos lada hitam...nyum..nyum...


nengok hubby menunjukkan chicken chop sedap (kembang jap)

kesedapan sehingga menjilat garfu...wakkakaa

ngan ayam sekali...adeh....

Bahan A
2 keping dada/peha ayam tanpa tulang
3 sk serbuk lada itam
1 sk rempah kari
1 sk sos lea & perrin
2 sk lada sulah
1 sb sos tiram
2 bj bawang merah - blend
1 biji bawang putih - blend
1 cm hali - blend
garam
Bahan B
telur
tepung ubi / kfc

Cara-cara
- Cucuk-cucuk peha ayam dengan garfu
- Perap ayam dengan bahan A (anggaran 2jam atau lebih)
- Panaskan minyak
- Celupkan ayam ke dalam tepung, ratakan keseluruhan kemudian celup ke dalam telur n last celup semula ayam ke dalam tepung sekali lagi. salut rata
- Goreng hingga kekuningan or masak (guna api yang kecil supaya ayam masak rata)

Bahan utk Sos Lada Hitam
1 kuib ayam
serbuk lada hitam
1/2 biji bwg besar - cincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
1 sudu mentega/ marjerin
1/2 tin cendawan butang - dhiris
2 sudu besar tepung jagung - bancuh ngan air
garam dan gula - jika perlu
Cara-cara

-panaskan stok ayam,bawang. didihkan.
-then tapis. buang bwg. didihkan smula.. (nurul xbuang pon)
-masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin,
-garam dan gula jika perlu.
-last skali masukkan bancuhan tepung jagung utk mendptkan kepekatan yg dkehendaki.
-bleh la dcurahkan ke atas ayam atau mashed potato.

Bahan utk Mashed Potato
3 biji kentang
mayonis
butter
garam sedikit
susu segar -xbubuh pon coz xder

cara-cara
rebus kentang sehingga empuk.
kupas kulit dan lenyekkan dengan sedikit susu segar, sedikit butter, garam dan juga mayonis scoop kentang ke atas pinggan dan curahkan gravy/ sos lada hitam tadi.

Bahan sampingan
kentang goreng/ wedges
coleslow
beans
salad,jagung dan lain2

Khamis, 25 Februari 2010

KAri Ayam

Semalam aku masak kari ayam...dari minggu lepas lagi nak masak...tapi ada jer resepi laen yang memotong kari ayam...cheewahh...hihihi....semalam aku telah nekad akan memasak kari ayam walaupon banyak resepi2 laen berlegar2 dalam kepala aku nie...so dengan itu meh layan resepi aku nie....resepi xder amik dari mana2 tapi dari mak aku tercayunk....



Bahan-bahan
* Bahan dikisar halus *
10 tangkai lada kering
2 biji lada besar merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit hidup @ 1 sk serbuk kunyit
* Bahan disangai dan dikisar sekali*
1 sb ketumbar
1 sk jintan halus
2 biji buah keras
* Bahan yang lain *
1/2 ekor ayam potong
1 labu bwg besar dimayang
1 sb rempah kari daging dibancuh sedikit air
rempah tumis 4 beradik
1/2 sk halba
1/2 sk biji sawi
1/2 cwn santan pekat & 1 1/2 cwn santan cair
1 keping asam gelugor
1 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang
1/4 cawan minyak utk menumis
garam,gula & serbuk perasa

Optional (1 biji tomato)

Cara-Cara
1.Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan

2.Masukkan rempah tumis 4 beradik, biji halba, biji sawi, daun kari, rempah yg dikisar serta rempah kari daging. Tumis hingga wangi.

3.Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit denagn api sederhana.

4.Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.

5.Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api. 6.Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap.

Heppi Besday k.Nor






Arini merupakan besday k.nor a.k.a k.nor ganu...semoga panjang umo n dimurahkan rezeki...n per yang diimpikan akan menjadi kenyataan...dan sentiasa epi disamping suami n anak2 tersayang...amin..amin...

Kroket Kentang

semalam aku p berjalan dapur ke dapur untuk melihat resepi yang bleh membuat anak tekak aku ni nak makan n tangan aku untuk membuatnyer...cari punya cari terjumpa 1 resepi yang ingin aku try...2 pon kat dapur julia...breadcrumbs aku nie tergeseng/hangit sikit...suhu ter overla plak...wat ever pon sedap...hubby aku puji cakap pandai cari resepi n test...(kembang jap) jangan mintak k...dah abes dah...kuikuikui.....jom nengok resepinyer...minta izin ek julia cnp kat cni.....


kroket kentang ku sebelum dimasukkan dalam kuali n breadcrumbs aku yang geseng


taraaaaa....dah masak...

nyum..nyum...

Bahan ~ bahan
300 gram ubi kentang
25 gram susu tepung
1/4 sudu teh garam
1/8 sudu teh serbuk lada sulah

Bahan inti
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
1/2 labu bawang besar ~ cincang halus
100 gram daging cincang
50 gram lobak merah ~ potong dadu
25 gram buncis ~ hiris halus
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh stok ayam
1/4 sudu teh gula pasir
100 ml air
1 batang daun bawang ~ hiris halus
1 sudu makan minyak utk menumis

Bahan Pencelup
150 gram tepung roti kasar
2 biji telur ~ dipukul ringan
Minyak utk menggoreng

Cara Membuatnya
1. Kupas ubi kentang dan potong setebal 1 cm, goreng sampai
masak. Lenyek hingga halus. Campurkan dengan susu tepung,
garam, serbuk lada, gaulkan hingga sebati. Ketepikan.
2.Untuk inti: tumis bawang putih dan bawang besar sehingga
naik bau. Masukkan daging cincang. Kacau hingga berubah warna.
3. Masukkan lobak merah dan buncis. Kacau sehingga layu.
Masukkan air, garam, serbuk lada, stok ayam dan gula pasir.
Masak sehingga kering dan masukkan daun bawang, kacau rata.
4. Ambil 1 sudu makan ubi kentang. Intikan dan bentukkan
lonjong . Gulingkan kedalam tepung roti kasar. Celupkan
ke dalam telur. Gulingkan lagi kedalam tepung roti kasar.
5. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan sampai masak.


fuhhh...sedap beb....bubuh mayonis n thousand island sos.....

Rabu, 24 Februari 2010

Homemade Breadcrumbs

Disebabkan aku nie 1st time nak try wat nugget so xder la breadcrumbs kat umah...huhuhu...dengan itu aku pon p n3 hana yang nie untuk belajar camner nak wat homemade breadcrumbs....meh nengok resepi nie k....

Bahan-bahan
roti keping@ gardenia

Cara-cara
Masukkan roti ke dalam oven toster. Panaskan roti sampai garing.
Kemudian kisar dengan pengisar yang kering.
Kalau nak lagi kering. Lepas kisar tu bolehlah dimasukkan semula ke dalam oven toster dan panaskan lagi dalam 1-2 minit.

Nugget Ayam

Nie penangan hana la nie...wat nugget sendiri...aku nie pon dangan bersemangat tinggi mencuba untuk membuat nugget...cuma hana wat guna daging...aku wat guna ayam...kuikuikui....sedap 2...rugila kalu xcuba resepi nie...pic yang aku amik nie pon xctk tapi aku tetap gak nak attachkan kat n3 aku nie....biasela hasil sendiri 2....kuikuikuikui...k.hana mintak cnp ek...nak nengok resepi bleh klik sini atau sini ...

Walaupon xctk rupa tp tetap sedap...sehingga menjilat jari tueeeeeeeeeee


Bahan-bahan
1kg ubi kentang dikupas kulit dan dipotong kasar
300gm daging cincang direbus dan ditoskan (Ikut suka, nak guna isi ayam, sosej direbus dan dicincang @ isi ikan) guna daging burger pun boleh..*nurul guna ayam

2 biji telur
*Segengam bawang goreng
*Segengam hirisan daun sup & daun bawang - xbubuh
*1 sdb serbuk lada hitam @ lada sulah
*Sedikit garam
Serbuk Roti (Bread Crumb)
Minyak masak utk menggoreng
Sos Cili, Sos Tomato @ Mayonaise utk pencicah

Cara-cara
Panaskan minyak, goreng kentang yang dipotong kasar. Setelah masak toskan dan ditumbuk lumat.
Masukkan daging cincang yg di rebus tadi, gaul rata.. masukkan juga semua bahan *
Gaul rata, kepal2kan biar padat dan bentukkan ikut suka..
Pukul telur dan celupkan bergedil tadi.. kemudian salut dengan bread crumb
Goreng dengan minyak yg panas. Jangan selalu diterbalikkan. Setelah keperangan bolehlah diangkat..
Hidangkan bersama, kentang goreng,sos dan salad kesukaan.


NOTE: klu hana wat begedil or nugget, daging or ayam cincang tuh hana tk rebus dulu. cume waktu menggoreng kene lama skit la bior isi dlm tuh msk.. tp kene guna api kecik jerk! kang tk pasal2 geseng@hangus!! hehehe

Laksa Penang

Semalam kemalasan untuk memasak nasi n makan nasi...tekak aku nie cam nak makan laksa penang jer dari minggu lepas lagi...so semalam baru aku berkesempatan untuk membuatnyer...kuikuikui....aku pon dok belek2 blog hana nengok menu...ada 2 laksa...wow..beshnyer....cuma aku ada tambah2 sikit bahan-bahannyer....hubby makan sampai bertambah...dier cakap lagi sedap aku masak dari beli kat kedai...hihihihi...kembang sekejap....meh layan resepi nie k..k.hana mintak izin cnp n ubah sikit resepi akak...thanks


Separuh makan baru teringat nak snap pic....hihihi..so picnyer pon xla cantik sangat coz separuh dah dalam peyut aku....

Bahan-bahan
500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
1 biji timun dihiris panjang2
3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
4 biji limau kasturi-potong 2
1 bawang besar dimayang

1 bunga kantan -hiris

1 biji bawang besar - hiris
Bahan-bahan untuk kuah:-*4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
*8 keping asam keping
3 tangkai daun kesum
1/2 bunga kantan
Bahan kisar :-
8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
2.5cm belacan
1 biji bawang besar
3 tangkai daun kesum

1/2 bunha kantan

Cara-cara
Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
Isi ikan dikisar.
Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.
Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas).

Selasa, 23 Februari 2010

Hati goreng vErsi Sendiri

Semalam dinner aku teragak nak makan hati goreng tapi dalam version laen dari yang laen (ikut ske sendiri)...coz ari2 p pasar nengok ada orang jual hati ayam...opss!!! aku nie xmakan spare part dalam lembu...xtau naper...daging n tulang lembu aku makanla...wakakakaka....so makan hati ayam jele...hikhikhik.....jom layan resepi aku nie....



Bahan-bahan
400g hati ayam
1 sb serbuk cili
1 sb serbuk kunyit
1 sk garam halus
3 helai daun sup/ketumbar
3 batang kacang panjang
1 biji cili besar
2 biji bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - mayang



Cara-cara
- hati ayam dicampur dengan serbuk cili, serbuk kunyit & garam
- perap dalam 30 min
- goreng hati sehingga masak. ketepikan
- goreng bawang, kacang panjang, cili besar, daun sup/ketumbar dan bawang besar
- masukkan semula hati yang telah digoreng, balik2kan. siap..

Kek MArbLe

Lamanyer aku xupdate blog...start dari cuti CNY sampai arini baru aku rajin....2pon semalam aku mempunyai semangat yang berkobar2 untuk membuat kek...hihihii...balik keje singgah pasaraya MASLEE membeli bahan2 yang sewaktu dengannyer....nie pon sebab teruja nengok kek marble kat blog cetusan selera sumbagan chef Zubaidah...jom layan resepi nie n pic2 yang sempat aku snap pagi td before p keje....



MARBLE CHOC. CAKE

Bhn250g tepung naik sendiri } ayak
1st bpowder } sukat membumbung
200g gula castor - boleh kurangkan jika manis
6 biji telur
1sb ovalette
2sb susu pekat manis
50g susu cair/air
90g myk @ 175g butter cair
1sb choc.emulco

Cara
Pukul semua bhn kecuali minyak sehingga gebu dan pekat (bertukar kaler jadi putih)
Last sekali masukkan minyak dan gaul sebati ngan whisker
Ambil 1/4 adunan dan campurkan emulco
Marblekan ikut suka.
Acuan 10x10Bakar hingga masak...suhu 170 selama 25'
(utk 1/2 adunan, api bwh dulu, minit terakhir api atas bawah)

Jumaat, 19 Februari 2010

sunyi sepi

lamernyer n3 aku nie sunyi sepi.....mana xnyer aku balik kampung...huhuhu...kampung hubby aku KUALA TERENGGANU....besh ker?????tipula kalu xbesh coz kat sana kan dunia shopping untuk akula....coz murah n berbaloi sangat2 shopping kat sana....bukan shopping baju tapi barang-barang kat dapur n rumah...al maklumla aku nie kan rajin sesangat masak n try resepi terbaru...huhuhu...aku malas nak citer panjang coz aku xder amik pic sangat pon....hihihi....pasnila kalu ada citer menarik or try resepi terbaru aku akan masukkan dalam blog aku k...

Khamis, 11 Februari 2010

engagement mY bEsh Frend

Sabtu lepas kawan baik aku kat opis nie bertunang...kami memang rapat yang teramat sangat...sampai dak2 opis panggil kami kembar...(yeker???tapi muka xsama cuma ke hulur ke hilir sesama n anak dara kat opis <----dula la punya ct sebelum aku kwen n besh fren aku tu nang)...paper pon kitaorang tetap kawan sampai biler...

Di sebalik majlis nie berlangsung ada perkara yang berlaku 2...hhihihhi...yele budget untuk sarung cincin nanti tuwun bawah mean time dieorang bincang2 kat bawah kitaorang dok dalam bilik pas2 nanti ada orang panggil tuwun....tapi laen yang berlaku...mana taknyer yang besh frend aku nie dok sibuk touch up lagi muka dier n kakak dier dok sibuk tidokan anknyer..tup..tup ASSALAMUALAIKUM....amik ko bakal mak mentua dah naik...kelam kabut dibuatnyer...wakakaka...perkara yang xbleh dilupakan sampai arinimasih jadi citer hangat...huhuhu....... n korang layan la pic2 yang sempat aku snap waktu dier tunang

muka besh frend aku yang kuyu

hantaran dari pihak perempuan

hantaran dari pihak lelaki

cincin merisik

tanda ikatan pertunangan (gelang)

ucapan terima kasih n restu dari bakal mertua hikhik

bersama mak perempuan n lelaki

Isnin, 8 Februari 2010

spegeti xtau nama

sebenarnyer nie last week nyer resepi tapi minggu lepas bz sikit so skunk baru aku dapat upload pic n wat n3 aku nie...huhuhu..cian kat akukan...nie sebenarnyer barang basah dh xder kat umah aku coz xpi pasar....so aku pon wat guna per ynag der kat umah jer....negok ada crab stick so masak spegeti jele...sedap plak 2...bersih...hubby aku xske sangat coz dier lebih ske spegeti bologonise (betul ker aku eja nie)...tapi makanhabesla plak...citttt porahhh






Dorayaki

Huhuu...Sebenarnyer aku wat nie minggu lepas lagi tapi disebabkan broadband aku tertinggal kat opis so x dapat ar aku nak wat n3 nie...hihihi..nie pon aku nengok kat blog hana...thanks k.hana....mintak izin c&p resepi ek....cuma inti dier jer xder coz mula2 nak bubuh blueberry tapi dah xpired date la plak so bubuh butter besh 2...


dorayaki yang doraemon ske makan




ada 2 biji jer...berebut ngan hubby (sebab sedap)

DORAYAKI

Bahan-bahan
100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus- hana buh 50g jerk

2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
Inti:1½ cawan kacang merah yg manis
Cara-cara
Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat. *hana buh 2 sudu besar susu segar.
Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.

Khamis, 4 Februari 2010

Perlukan perubahan



Yeker???betul ker tajuk aku nie???lantak ar yg penting aku nk bubuh gak..kuikuikuikui.....aku nie nak senang jer biler time kat opis jele coz aku kekadang kena p productionla....2la...niela...so aku geram sangat kasut aku jadi mangsa (Yeker??????????????)...xla...aku yang sendiri wat...hihii..nengok ar pic before n after....
Before

After

haha....senang punya kerja....pasni sarung jer xyah lagi nak susah2....

Daging Black Pepper

Saranan daripada kawan aku Hafiza Hani...so semalam aku masak daging black pepper....Aku pon try nengok2 resepi kat dala google camner nak masak...hasil kerja aku mencari so dapatla resepi kat dapur hanieliza...thanks kak...



Bahan-bahan
500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti

Rabu, 3 Februari 2010

Ayam Goreng Berempah

Semalam sebenarnyer xtau nk masak per....pikir punya pikir teringat kat umah ada ayam lagi so masak ayam goreng berempah jele...hihhihihi...



Bahan

Ayam (ikut ske nak banyak mana)

3biji bawang merah

1biji bawang putih

1cm halia

1sudu kecil cili mesin

rempah kari (xsukat maen bubuh jer)

1 sudu kecil kunyit serbuk

Cara

- bawang merah, bawang puti, halia (blander)

- satukan semua bahan dengan ayam dan perapkan (perap 1jam jer dalam peti sejuk)

- kemudian goreng & siap untuk dimakan...Nyum..nyum..

Tempoyak Ikan Patin

Salam...
Nie entry untuk semalam tepi bleh la plak terlupa...hihihihi...sowwwyyyy...Dari opis lagi asyik dok terbayang nak makan gulai tempoyak ikan patin...terliur betul biler teringat...huhuhu...dah pas balik keje ajak hubby p cari barang untuk wat....dan ini hasilnyer....(terlupa nak snap pic so mintak ngan en.google tersayang)...

Resepi nie pon mintak ngan makcik yang dok kat Kuantan Pahang....Thanks Omok...MUahh


Bahan
1 ekor ikan patin
15 tangkai cili padi
2 cm kunyit hidup
4 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan
3 1/2 sudu tempoyak
1 keping asam keping

Cara
- Cili padi, daun kesum, kunyit hidup & tempoyak (Blander - bubuh air sedikit)
- masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama ngan ikan patin (gaulkan bagi sebati &
biarkan sekejap)
- bubuh daun kantan & air. Kacau
- Selepas mendidih masukkan garam, perasa & asam keping
- Biar seketika & siap

Optional
- Bleh bubuh terung / timun kalu skela...




Selasa, 2 Februari 2010

geng nOTTy2

huhuhu...nie patutnyer entry ari jumaat lepas tapi disebabkan time 2 ada gotong royong n back yard sale...n aku xdok depan pc langsung (pekerja terajinla sangat...wawawawa)...so xdapatla aku nk wat entry nie...dengan kelapangan arini, dapatla aku membuat sntry yang banyak giler tertangguh..hahahaha.... korang layanla pic yang aku attachkan nie k... nak sainnnnnnnnnnn
nordin nie amik pic xsharp tol...

kak ar supplier datang cari kak ar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

peaceeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

nordin wat suspen camera xleh tekanla...kan dah candid
pas gotong royong...
gerai NOTTY2
gerai kami NOTTY2 (kami lagi)
tokey kedai yeker??????????????
nengok nie....posing jer tau
notty2 memang ske bergambar

gotong royong

zam - wahab (driver) - abg din - aziz




rosdi petik buah kelapa untuk minum beramai2

(time nie group kitaorang dah siap wat keje..hihihiihi)


zam ngah tetak pokok zaitun.....wahab (driver) pla jadi mandur...huhuhu
hihihihi...niela pic yang sempat aku amik sepanjang gotong royong dijalankan (pagi Jumaat)...yang laen ada tapi kat dalam camera en.Salleh a.k.a chairman recycle.....so aku letak pic nie je dulu..nanti dah dapat aku masukkan dalam blog aku k...huhuhuhu


before Back Yard

salam....
aku selaku ajk SC (Sports Club) kena amik tender wat backdrop...2la tugas aku setiap kali ada apa2 function kat company aku nie...hihihi...kali nie kena wat backdrop guna bahan kitar semula 2...nasib baek abg ajid a.k.a leader geng notty2 nie tolong aku bagi idea n tolong wat preparation....kalu x mau pening fing fing kepala aku nie....korang nengok jele pic nie k....

aku n abg ajib yang bertungkus lumus mengecat

bahan recycle dak dept compressor wat (aku tukang posing jer...hihihi)



kami ngah wat back drop...(per abg ajid wat ek???????)

ngah berbincang tapi punyala bising macam pasar time nie memang havoc



aku tetap nk posing...hihihi