Khamis, 4 Februari 2010

Daging Black Pepper

Saranan daripada kawan aku Hafiza Hani...so semalam aku masak daging black pepper....Aku pon try nengok2 resepi kat dala google camner nak masak...hasil kerja aku mencari so dapatla resepi kat dapur hanieliza...thanks kak...



Bahan-bahan
500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti

0 ulasan:

Catat Komen