Jumaat, 16 April 2010

Soto Nasi Impit @ Bihun

soto???huhuhuhu saper ske???aku memang ske no soto nie...lagi2 arwah mak kawan aku a.k.a Lela....masih dapat aku bayangkan kelazatan soto bihun or n.impit yang arwah mak lela wat...huuhuhuhuh...skunk dah xdapat makan lagi dari air tangan arwah mak lela....skunk kena belajar sendiri wat untuk makan..sedihnyer...Al-Fatihah untuk arwah mak Lela...resepi nie pon aku skodeng kat dapur k.hana n kat sini....thanks...cnp kat sini kat wat rujukan masa akan datang...
ni version bihun..siap ada kulit kayu manis 2...
nie plak n.impit...dah makan separuh baru terigat bergedil...so xderla dalam pic OK

Bahan-bahan
6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
2 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan halus
2 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
lengkuas sebesar ibu jari, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis
Bahan untuk Dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
nurul tambah buah pala dan juga buah keras

Bahan untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah
20 biji lada padi merah thai
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap lemak manis
sedikit gula

Bahan Hiasan
bergedil
taugeh yang telah dicelur -ganti ngan kobis coz hubby xske
daun sup, dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam, yang telah disiat-siat
suhun goreng dan kacang goreng - kacang xder
Cara-cara
Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkuas yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap

0 ulasan:

Catat Komen