Selasa, 20 April 2010

Chicken Chop aGain

Hari sabtu last week genapla usia perkahwinan aku n my hubby 6 month..wahhh kejap jer rasa nyer....Alhamdulillah sepanjang hidup berumahtangga nie banyak dugaan n rintangan dapat kami tempuhi bersama...kami sentiasa berdoa semoga rumahtangga kami aman n bahagia hendaknyer...amin2....so dengan genapnyer usia perkahwinan kami 6month aku adalah wat celebrate sikit wit my hubby....ala just wat chicken chop n beli kek (sbb mood nak membakar kek xdatang)...hihihihihi...resepi chicken chop nie pon aku pnh gak wat sblm nie...bleh nengok resepi kat sini k. Cuma yang version again nie aku der ubah dari segi nak perap ayam 2 jer....hiihihihihi...jom layan resepi chicken chop lagi k....jangan korang muntah plak nengok asyik2 chicken chop jer...hihihihihi...


p/s: untuk resepi mashed potato korang leh nengok kat sini k..



Bahan A
2 keping dada/peha ayam tanpa tulang
3 sk serbuk lada itam
1 sk sos lea & perrin
1 sb sos tiram
1 sb kicap
2 bj bawang merah - blend
1 biji bawang putih - blend
sedikit perahan lemon

Bahan B
telur
tepung ubi / kfc

Cara-cara
- Cucuk-cucuk peha ayam dengan garfu
- Perap ayam dengan bahan A (anggaran 2jam atau lebih)
- Panaskan minyak
- Celupkan ayam ke dalam tepung, ratakan keseluruhan kemudian celup ke dalam telur n last celup semula ayam ke dalam tepung sekali lagi. salut rata
- Goreng hingga kekuningan or masak (guna api yang kecil supaya ayam masak rata)

Bahan utk Sos Lada Hitam
1 kuib ayam -guna stock ayam dari tulang ayam
serbuk lada hitam
1/2 biji bwg besar - cincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg di kehendaki
1 sudu mentega/ marjerin
1/2 tin cendawan butang - dhiris
2 sudu besar tepung jagung - bancuh ngan air
garam dan gula - jika perlu

Cara-cara
-panaskan stok ayam,bawang. didihkan.
-then tapis. buang bwg. didihkan smula.. (nurul xbuang pon)
-masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin,
-garam dan gula jika perlu.
-last skali masukkan bancuhan tepung jagung utk mendptkan kepekatan yg dkehendaki.
-bleh la dcurahkan ke atas ayam atau mashed potato.

Bahan sampingan
kentang goreng/ wedges
sosej
coleslow
beans
salad,jagung dan lain2

0 ulasan:

Catat Komen