Isnin, 25 Oktober 2010

Kesakitan Ketika Hamil

arini aku memang sakit pinggang sangat2...nk duduk salah..baring salah...xtaula posisi mana yang paling ok...adeh...help me!!! help me!!!...pas2 bagitau kat mR.hubBy..so dier suwuh aku cari maklumat camner nak atasi..so aku pon search kat encek google...so dptla 1 laman yang menerangkan sumer2 nyer...alhamdulillah...sekurang2 berharga untuk aku yang ngah sarat hampir 8 bulan nie.... 
 
A. SAKIT PINGGANG

Punca-puncanya:
   
   Biasanya masalah sakit pinggang ini adalah disebabkan tindakan perubahan hormon yang melembutkan ligamen-ligamen ibu dan menyebabkan ada sebahagiannya tegang akibat daripada perubahan posisi dan bentuk badan.   

Cara-cara Pencegahan:

   
1. Gerakkan tulang punggung secara pelahan-lahan, regangkan kaki dan bengkokkan lutut, ketatkan punggung dan halakan tulang punggung ke atas kemudian ke bawah dengan gerakan yang pelahan.

    2. Tidurlah di atas tilam yang teguh, pusing tubuh ke sisi sebelum bangun.

   3. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi kerana kasut bertumit tinggi akan mengubah kedudukan pelvis atau tulang punggung serta mempengaruhi tubuh ibu dan menyebabkan ketegangan.

Cara-cara Mengubati :

   1. Jika sakit di bawah tulang bahu, cuba pakai coli yang lebih besar atau buka cangkuknya.

   2. Pusingkan bahu secara perlahan untuk mengurangkan ketegangan dan mengendurkan otot-otot dibelakang.

   3. Jika sakit jauh dibawah, terutamanya pada satu sisi, maka jagalah postur atau bentuk tubuh anda.

   4. Jika sakit di pelvis atau tulang punggung, cuba gunakan bengkung (gerdle) penyokong kehamilan jika terasa sangat sakit atau apabila anda terpaksa berdiri lama.

   
5. Gerakkan pelvis atau tulang punggung boleh juga membantu menghilangkan sakit pinggang.

A. SEMBELIT

Punca-puncanya:

   Ada beberapa punca yang menyebabkan wanita hamil sering mengalami masalah sembelit. Salah satu daripadanya ialah perubahan hormon yang menyebabkan otot-otot usus menjadi lembut dan sekaligus menyebabkannya kurang cekap bekerja. Selain itu pengambilan serat yang sangat sedikit dalam pemakanan, pengambilan beberapa jenis pil zat besi dan juga saiz rahim yang semakin membesar menekan usus besar juga adalah punca kepada masalah sembelit ini.

Cara-cara Pencegahan:

   Bagi mencegah daripada masalah ini,ada beberapa cara yang boleh di ikuti oleh ibu hamil :

   1. Menambahkan kuantiti makanan yang kaya dengan serat seperti salad, buah-buahan, roti dan beras ceruh iaitu beras yang ditumbuk bersih hingga putih.

   2. Minum banyak air iaitu antara 6 - 8 gelas sehari.

   3. Jangan tergesa-gesa semasa membuang air kecil atau besar, dan elakkan daripada meneran.

Cara-cara Mengubati :

   1. Makan sedikit buah-buahan sebelum tidur, contohnya buah kismis.

   2. Cuba letakkan kaki di atas baldi yang di terbalikkan dan regangkan kaki ketika membuang air besar. Kedudukan ini dapat membantu ibu hamil daripada meneran dan sekaligus membantu mengelakkan buasir.

C. KEJANG

Punca-puncanya :


   Kekejangan ini berlaku biasanya disebabkan oleh peredaran darah yang kurang baik. Selain itu kekurangan kalsium dan terlalu banyak fosforus juga boleh menyebabkan kekejangan pada betis dan keseluruhan kaki.
   Kekejangan ini biasanya berlaku pada pertengah kehamilan ( trimester kedua) dan akan berakhir pada bulan terakhir. Pemakanan juga boleh menjadi punca kepada masalah ini.

Cara- cara Pencegahan :

   1. Bersenam - regangkan kaki dan letakkan kaki pada aras yang agak tinggi apabila duduk atau berbaring.

   2. Utamakan makanan yang kaya dengan vitamin B,kalsium, roti, beras ceruh, hati dan sebagainya.

Cara - cara Mengubati :

   1. Tegangkan otot yang kejang pada betis atau kaki anda dengan menarik kaki perlahan-lahan ke arah lutut. 

   2. Urut otot-otot kaki dengan santai. 

1 ulasan:

Fatimah Bt Tony berkata...

perkongsian yang menarik. mohon kebenaran untuk share yer. terima kasih. :)

Catat Ulasan