Isnin, 25 Oktober 2010

Asam Rebus Bendi

Ari sabtu aku jadi pemalas yang teramat sangat...mana taknyer...mR.hubBy keje...aku tinggal umah sowang2...mana der mood nak masak...hihihihi...lagipon usia kandungan aku nak masuk 8 bulan nie makin malas n xlarat nak masak yang besh2...xder selerala.....hihihihi....nie pon coz sekodeng kat umah mat gebu..terliur nengok asam rebus nenas mat wat...disebabkan aku nie ngah memboyot n xmakan ikan (time nhgandung jer ok..bau busukla...) aku tukar sebahagian bahan2 nyer...hehehehe...aku guna ikan bilis n bendi...wakakakaka...mat mintak ampun derhaka..jom nengok resepi mat...



BAHAN-BAHANNYA
1/2 biji nenas madu - nurul tkr ngan 8 btg bendi
4 ekor ikan masin selar kuning @ ikan cekik leher - nurul guna ikan bilis jer
1 helai daun kunyit
1/2 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional) - xbubuh
2 keping asam gelugor
2 biji cili merah*
4 biji cili padi merah*
1/2 inci belacan*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
4 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan2 kisar halus dan bawang yang dihiris ke dalam periuk, tambah air secukupnya. Jerang hingga mendidih.
  2. Masukkan ikan bilis, asam gelugor, bendi. Masak dengan api. Masukkan daun kunyit, tambah secubit gula. Rasa dan jika perlu baru masukkan garam. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan panas.

0 ulasan:

Catat Komen