Makan kurang kerap
Apabila bayi anda mencapai usia empat bulan, perutnya sudah membesar jadi dia tidak lagi perlukan makanan  begitu kerap – hanya empat atau lima kali sehari. Namun begitu, berat  badannya masih bertambah – keperluannya untuk mengambil makanan menurun  apabila dia menjadi lebih besar, lebih mirip kepada kekerapan  kanak-kanak yang lebih tua atau orang dewasa. Sekarang di waktu makan,  perhatiannya mula beralih kepada orang dan benda-benda, justeru,  walaupun anda seronok apabila melihat dia sedar dan responsif terhadap  benda-benda baru, anda mendapati bahawa memberinya makan menjadi satu  perkara yang sulit. Sekiranya bayi anda mudah ralit dan tidak menumpukan  kepada makanannya, carilah satu tempat yang lebih sunyi untuk  memberikan dia makan. 
Bakat baru pusing meniarap dan menelentang
Apabila bayi anda dibaringkan atas  perutnya, dia akan mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan  menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Tekan tubi mininya ini  membantu bayi mengukuhkan otot-otot dan dia juga akan mendapat  pandangan yang baik tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di  sekitarnya. Dia mungkin juga mengangumkan anda (dan diri sendiri!)  dengan berpusing  dari baring telungkup kepada telentang, atau sebaliknya. Anda boleh  menggalakkan ini melalui mainan: goyang-goyangkan patung mainan di  tempat ke mana dia akan pusing untuk menggalakkan dia mencuba lagi. Beri  tepukan dan senyuman apabila dia melakukan ini; dia memerlukan sokongan  anda sebab perbuatan-perbuatan barunya ini agak menakutkan baginya. 
Masa ini untuk makanan pepejal?
Bagi empat ke enam bulan pertama dalam hidupnya, bayi anda memperolehi semua nutrien yang diperlukan dari susu badan atau susu formula. Namun begitu, didapati bahawa ibubapa sudah mahu mula memberi makanan pepejal.  Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mencuba pepejal. Anda boleh  mulakan dengan memberinya sedikit pepejal (iaitu makanan lembik seperti  makanan bayi yang dipuri atau bijirin bayi) memandangkan saluran  pencernaannya sudah agak matang dan refleks menjolok lidah keluar  semakin lenyap. Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor menggalakkan  ibubapa agar menunggu sampai bayi berusia enam bulan. Dengan tidak memberikan pepejal terlalu awal, anda boleh mengurangkan reaksi alergik dan menjaminkan yang susu ibu dan formula dalam diet bayi anda tidak dikurangkan. 
Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut
Bayi anda sekarang sudah boleh  memanjangkan tangannya dan merampas sesuatu objek, walaupun lazimnya  pertama kali dia mencuba dia terlepas sasarnya. Apabila dia dapat  memegang sesuatu, dia akan mengkajinya untuk seketika dan kemudian cuba  memasukkannya ke dalam mulut. Anda juga akan memerhatikan air liur  banyak meleleh sekarang. Setengah bayi sudah mula tumbuh gigi ada seawal usia empat bulan, tetapi gigi pertama bayi selalunya tidak keluar sebelum usia lima atau enam bulan. 
Galakkan bayi anda mencuba dan bermain dengan pelbagai jenis objek. Umpamanya, lampin kain yang bersih boleh mengasyikkan bayi untuk beberapa minit. Perhatikan dia menghisap sesuatu objek, memegangnya, dan ketahuilah apa yang akan berlaku apabila dia merenyukkannya. Berikan dia kelentong ringan dan perhatikan betapa seronoknya dia mendengar kelentong itu berbunyi jika digoncang. Menyediakan tempat aktiviti bayi atau gim buaian adalah baik di peringkat ini, iaitu di ketika bayi anda mempelajari tentang sebab dan akibat - umpamanya, dia mendapati bahawa apabila dia mengerakkan tuil atau butang, dia mendengar loceng berbunyi.
Galakkan bayi anda mencuba dan bermain dengan pelbagai jenis objek. Umpamanya, lampin kain yang bersih boleh mengasyikkan bayi untuk beberapa minit. Perhatikan dia menghisap sesuatu objek, memegangnya, dan ketahuilah apa yang akan berlaku apabila dia merenyukkannya. Berikan dia kelentong ringan dan perhatikan betapa seronoknya dia mendengar kelentong itu berbunyi jika digoncang. Menyediakan tempat aktiviti bayi atau gim buaian adalah baik di peringkat ini, iaitu di ketika bayi anda mempelajari tentang sebab dan akibat - umpamanya, dia mendapati bahawa apabila dia mengerakkan tuil atau butang, dia mendengar loceng berbunyi.
Kini mampu bermain sendiri
Pada masa ini, bayi anda sudah pandai  bermain dengan tangan dan kakinya untuk beberapa minit setiap kali.  Sungguh ajaib! Pada satu ketika, anda tiba-tiba sedar bahawa tiada  kedengaran apa-apa dari dalam bilik, jadi, anda jengok ke dalam dan  melihat bayi anda yang sebelum ini memerlukan perhatian dan jagaan anda  hampir setiap detik dia berjaga, sekarang boleh bermain dengan sendiri.  Mungkin sekarang anda boleh kembali membaca surat akhbar seperti dulu  kala.  
Mula memahami peranan bahasa
Para penyelidik percaya bahawa menjelang  usia empat bulan, bayi anda sudah boleh memahami semua bunyi-bunyi asas  dalam bahasa ibundanya. Antara usia empat dan enam bulan,  dia menguasai kemahiran membuat bunyi vokal, seperti “ma-ma” atau  “da-da.” Walau bagaimanapun, dia tidak mengaitkan bunyi itu dengan ibu  atau bapanya. Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru  bunyi – anda sebut “boo”, dan dia akan cuba menyebutnya juga. Anda boleh  mengembangkan kebolehan komunikasinya dengan meniru ekspresi muka dan  bunyi yang disebutnya – dalam kata lain, men”cermin”kan perlakuan dia.  Oleh sebab anda memberi reaksi terhadap sesuatu bunyi yang disebut  olehnya dan bereaksi apabila dia cuba menyatakan sesuatu, bayi anda mula  mempelajari tentang kepentingan bahasa dan mula memahami konsep sebab  dan akibat. Dia mula sedar bahawa apa yang diperkatakan olehnya akan  membawa kesan tertentu. 
Memahami rampaisari warna yang pelbagai
Bayi boleh mengecam warna dari dia mula  lahir, tetapi mempunyai kesukaran menbezakan nada terang-gelap dan corak  warna seperti oren dan merah. Sebab itu, mereka lebih gemar hitam dan  putih atau warna yang berkontras tinggi. Antara usia dua dan empat  bulan, perbezaan warna menjadi lebih jelas, dan bayi anda mula dapat  membezakan nada dan corak yang berlainan bagi sesuatu warna. Bayi anda  akan menunjukkan kegemaran bagi warna primer yang terang. Dia akan  tertarik kepada mobil tergantung yang berwarna cerah (digantung supaya  tak dapat dicapainya), poster-poster terang dan buku-buku keras yang berwarna menarik. 
Lebih memilih orang
Menjelang empat bulan, bayi anda mungkin  sudah boleh menunjukkan respon terhadap kehadiran anda, suara anda dan  juga ekspresi muka anda dengan menendang-nendang dan melambai-lambai  tangannya.  
Sekitar masa ini juga, bayi anda, yang setakat ini cenderung memberi senyuman kepada semua orang yang dijumpainya, mula memilih orang-orang yang dia mahu berdekat dengannya. Jika dia berada dalam kumpulan ramai atau dengan orang yang tidak dikenalinya, dia mungkin memerlukan sedikit masa untuk menjadi selesa. Sediakan sedikit masa untuk bayi membuat transisi apabila berjumpa dengan orang yang tak dikenalinya atau apabila bayi ditinggalkan dengan penjaga. Anda akan juga mendapati bahawa apabila dia berada dalam dukungan anda, dia lebih berminat untuk berinteraksi dengan orang lain – terutama sekali kanak-kanak yang lebih tua yang bising dan riang riuh.
Sekitar masa ini juga, bayi anda, yang setakat ini cenderung memberi senyuman kepada semua orang yang dijumpainya, mula memilih orang-orang yang dia mahu berdekat dengannya. Jika dia berada dalam kumpulan ramai atau dengan orang yang tidak dikenalinya, dia mungkin memerlukan sedikit masa untuk menjadi selesa. Sediakan sedikit masa untuk bayi membuat transisi apabila berjumpa dengan orang yang tak dikenalinya atau apabila bayi ditinggalkan dengan penjaga. Anda akan juga mendapati bahawa apabila dia berada dalam dukungan anda, dia lebih berminat untuk berinteraksi dengan orang lain – terutama sekali kanak-kanak yang lebih tua yang bising dan riang riuh.
Adakah bayi saya berkembang secara normal?
Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosial mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perkembangan bayi anda, sila bertanya dengan doktor anda.
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan