Jumaat, 20 Mei 2011

Nasi Goreng Kampung

Pagi yang cerah hati yang berbunga2 macam ada taman dalam ati . cewahhhh .. pepagi buta dah melalut plak aku nie .. meh korang layan resepi nie ... sedap ..



Bahan-bahan
2 mangkuk nasi sejuk
200gm dada ayam - dipotong kecil2/kiub
sayur kangkung - dipotong 3cm
5 sudu besar air masak
3 sudu besar minyak
1 biji telur
segenggam ikan bilis - goreng ketepikan

Bahan2 B:
1 sudu besar garam
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 biji cili api -
 
Cara-cara
1. tumbuk semua bahan2 B tapi jangan terlalu lumat
2. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk tadi hingga bawang menjadi kekuningan dan naik bau dengan api yg sederhana besar
3. masukkan pula ayam dan goreng sehingga ayam empuk. kemudian masukkan telur
3. setelah itu masukkan kangkung masak selama 1 minit dan kecilkan sedikit api. boleh ditambahkan garam jika perlu
4. masukkan nasi dan gaul hingga sebati. Taburkan ikan bilis goreng diatas nasi ..

2 ulasan:

nuwairani ismail berkata...

salam ziarah uyul....inila resepi nasik goreng yg mudah n sedap n evergreen gitew...

NuRuL -uYuL- berkata...

salam nuwairani .... yup mmg mdh sgtkan ..

Catat Ulasan