sumber : www.babycenter.com.my
Bayi anda menegakkan kepalanya
Sekarang, otot leher bayi anda semakin  kuat sehingga membolehkan dia menegakkan kepalanya untuk masa-masa yang  singkat. Dia juga boleh mengangkatkan kepala untuk beberapa saat apabila  meniarap atas perutnya dan mungkin boleh menoleh dari sisi ke sisi. Dia  mungkin juga boleh menegakkan kepala semasa berada dalam kerusi bayi di  dalam kereta atau semasa dibawa berjalan dengan alat pembawa bayi, pada  bahagian hadapan maupun belakang. Dia boleh melakukan semua ini  terutama sekali jika mendapat banyak galakan dari anda dan anda ada  menyediakan tempat baginya merehatkan lehernya yang direka khas untuk  membantunya bagi tujuan ini.      
Meneroka tangan dan kaki
Semasa kelahiran, bayi anda tidak  memahami yang lengan dan kakinya adalah sebahagian daripada tubuh  badannya. Sekarang perubahan akan berlaku apabila bayi mula meneroka  badannya. Bahagian yang mula dijumpainya ialah tangan dan kakinya. Anda  boleh menggalakkan sifat ingin tahu bayi anda dengan mengangkatkan  tangannya tinggi atas kepalanya dan menanyakan dia ‘Besar manakah bayi  ini?’ atau dengan mengulangkan puisi berima dan membilang-bilang jari  kakinya. 
Belajar menenangkan diri
Bayi amat gemar menghisap. Mereka perlu menghisap. Sebenarnya, anda akan mendapati bahawa puting  berkesan untuk membantu bayi menenangkan dirinya sendiri. Sekiranya tak  ada puting, bayi mungkin mendapatkan ibu jari atau jari-jari lain untuk  dihisap.  
Lihat siapa yang bercakap pelat sekarang
Bayi anda yang berumur satu bulan mungkin  sudah boleh membuat bunyi berdeguk, bunyi-bunyi manja, berdengus dan  berlagu untuk melahirkan perasaannya. Pastikan anda juga membuat  bunyi-bunyian manja dan berdeguk bersama-sama, sambil bercakap  berhadapan dengannya. Setengah bayi juga sudah mula ketawa  berdekah-dekah seawal ini. Walaupun anda sedang membuat kerja, dia tetap  gembira mendengar suara anda dari seberang bilik. Dia akan merenong  muka anda lebih lama sekarang.    
Walaupun bayi anda sudah boleh mengecam muka anda dari usia beberapa hari lagi, pada penghujung bulan pertama ini dia mungkin akan dapat menunjukkan kebolehan ini. Sebanyak separuh daripada bayi pada usia ini mula menunjukkan kebolehan mengenali ibubapa mereka secara jelas: mereka menunjukkan reaksi yang berlainan kepada mak and ayah daripada orang yang tidak dikenali. Bayi anda akan berhenti menangis dan terus bertentang mata dengan anda; setengah bayi di usia ini sudah mula senyum apabila mereka melihat ibubapa mereka.

Bayi mendengar dan sukakan musik
Memandangkan bayi anda berjaga untuk masa  yang lebih panjang di siang hari, anda boleh menggunakan masa-masa ini  untuk merangsang perkembangan derianya. Cuba nyanyikan puisi berima atau  mainkan musik untuknya. Bunyi loceng angin atau detikan jam juga akan  menghiburkan bayi. Lebih bervariasi hidangan anda, lebih kaya akan  impaknya. Dengan tidak disengajakan, anda akan memerhatikan anak anda  menunjukkan keseronokan yang lebih terhadap satu seleksi berbanding yang  lain sebaik sahaja dia memperoleh kemahiran untuk membezakan  kegemarannya. 
Mata boleh mengesan pergerakan objek sekarang
Apabila sudah pandai berfokus dengan  kedua-dua belah mata, bayi anda sudah boleh mengikuti objek yang  bergerak, iaitu satu perkara yang dia sudah melakukan untuk masa-masa  yang singkat dari kelahiran lagi. Kelentong biasa yang digerakkan di  depan mukanya akan selalu memegunkannya. Atau anda boleh bermain  mata-ke-mata dengan menghampirinya dengan dekat dan mengerakkan kepala  anda dari sisi ke sisi; selalunya pandangan matanya akan tetap tertumpu  kepada mata anda.  
Kedai penuh dengan mainan khusus untuk perkembangan bayi, namun begitu anda juga akan berjaya dengan hanya menggunakan objek harian yang terdapat di rumah. Lalukan keranjang berkilat atau senduk plastik yang berwarna terang dari sisi ke sisi di depannya. Kemudian lalukannya dari atas ke bawah. Ini harus menarik perhatian bayi anda, walaupun dia belum lagi boleh mengikuti pergerakan dari atas ke bawah dengan baik untuk tiga bulan lagi.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?
Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian kognitifnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Ini semua hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Sebab itu, anda harus mengukur bayi anda berdasarkan usia yang telah diubahsuai, bukan usianya mengikut kronologi. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perkembangan bayi anda, sila bertanya dengan doktor anda.
0 ulasan:
Catat Ulasan