Nie plak projek aku dah tahan nak makan rendang ayam .. Bukan menidam tapi asyik dok terbayang2 jer rendang ayam wei ... wallahhhhh ... xleh tahan tol .. so nengok barang2 sumer complete ... n pe lagi ... jalannnnnnnnnnnn.... eehehe
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam - potong kecik
2 biji bawang besar *
4 biji bawang putih *
1 inci halia *
1 inci kunyit *
2 batang serai *
10 biji cili padi *
3 sb cili blend
2 helai daun kunyit #
3 helai daun limau purut #
santan - dari 1biji kelapa
1 keping asam keping
kacang panjang secukupnya
kerisik
garam/perasa
Cara-cara
- blend bahan yang bertanda *. ketepikan
- panaskan minyak tumis bahan yang bertanda * dan cili blend sehingga pecah minyak.
- kemudian masukkan ayam biarkan ayam kecut sedikit & masukkan santan.
- biarkan mendidih dan kuah agak pekat sikit dan ayam empuk .
- kemudian masukkan kacang, asam keping, garam, perasa dan kerisik.
- biarkan seketika dan rasa. Dah ok taburkan bahan # yang dihiris halus .Siappppp
0 ulasan:
Catat Ulasan