Isnin, 4 Julai 2011

Nasi Minyak Hujan Panas

hihihihihihi ...memang sekunk nie cuaca kat p.gudang ni jap panas jap ujan .. sama la nama ngan nasi yang aku wat n padankan ngan Ayam Masak Kurma n Daging Hitam Manis ... sedap woooo .. kalu korang nak resepi  korang klik jer kat nama masakan 2 k ... aku malas nak wat acar ... cuma letak sayur kacang kat dalam daging jer ... ehehehehe ..

nengok cantikkan warnanya ...
Bahan-bahan
3 sudu besar minyak sapi
1 labu bawang besar*

3 ulas bawang putih*

3cm halia*

5 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang

1/2 btg kayu manis

sedikit buah gajus
- xder stock
sedikit kismis -xder stock

3 cawan beras
1/2 cawan susu segar/ susu cair

4 cawan air (bergantung pada beras )

2 sudu besar orange sunquick

sedikit garam 

nasi ujan panas + ayam masak kurma + daging masak hitam manis + sambal belacan ... nyummmm
Cara-cara 
- hiris bahan yang bertanda * ketepikan . Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi di atas dapur
- Tumis bawang putih +besar + halia
- Masukkan bunga cengkih+bunga lawang+ buah pelaga + kulit kayu manis
- Bila dah garing,masukkan gajus + kismis .. bubuh garam secukup rasa
- Masukkan oren sunquick Kemudian masukkan susu + air. Kacau rata
- Bila dah mendidih, masukkan beras
- Angkat periuk nasi dan masak atas periuk elektrik seperti biasa... gaul2 tau beberapa min. sebab nak pastikan nasi masak sekata...
- Bila dah hampir kering, titiskan pewarna kesukaan anda. biarkan nasi sehingga masak
- Gemburkan2 nasi dulu sebelum dihidang ... siap

0 ulasan:

Catat Ulasan