Selasa, 5 Julai 2011

Ikan Masak Tauchu

Penatla arini nk membebel panjang kat cni .. layan jele resepi kat bawah nie k ... resepi nie nengok kat dapur k.hana jepong 2 ... hihihihihi ..maceh yer k.hana ... cayunk sama kamu ...




 Bahan-bahan
2 ekor ikan - nurul guna ikan merah 2keping
1 biji bawang besar, hiris bulat
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
2 biji cili hijau, hiris -
1 camca besar sos tiram
1 keping asam gelugor
1 1/2 camca besar taucho
1/2 inci belacan + 1/2 cawan air, ramas hingga sebati
1 cawan air
Garam dan gula jika perlu
tomato - optional



Cara-cara
  1. Siang ikan, cuci bersih, kelar2 dan lumur dengan kunyit dan sedikit garam, gaul rata dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggal kan dalam 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga harum, masukkan belacan + air, sos tiram dan juga taucho. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Tuang air dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan ikan dan juga sedikit gula. Masak perlahan hingga kuah pekat sedikit, rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masukkan tomato.  Angkat dan hidangkan segera.

0 ulasan:

Catat Ulasan