Selasa, 29 Mac 2011

Stew Daging

yang nie plak projek aku ari ahad lepas .. terliur biler nengok kat dapur k.hana jepong yang dah balik ke m'sia 2 .. xtahan tol nengok .. yele sepanjang dalam pantang aku xsentuh ayam or daging .. mau xterliur aku nengok .. sanggup bangun pagi2 (xla pai sangat terlajak gak tidoooo .. sejukkkkkk) nak masak stew daging nie .. kebetulan plak kawan mR.huBby aku nak datang so aku jamu sekalila stew daging nie .. eheheheehehe ..

aku malasla nak citer panjang2 korang layan jele resepi kat bawah nie k .. coz memang sedappppp giler .. mR.huBby makan sampai abesssss .. nanti orang wat lagi k khas untuk awak .. muahhhhhh .. k.hana nurul c n p jele kat sini ek .. jangan marah ek .. malas nak salin semula ..
 

kuah x sama kaler ngan k.hananyer coz aku goreng bawang (pes bawang) kejap jer .. ehehehe


RESEPI STEW DAGING
           : mylife2luv.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
  • 2 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
  • 2 sudu pes bawang - resepi di bawah
  • 1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
  • 2 biji kentang ~ belah 4
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya.
Cara-cara
  • Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  • Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  • Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
  • Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Nota Kak.Raidah:
***Saya tidak menggunakan sebarang perasa(MSG/stok ayam) dlm masakan saya. Saya menggantikan dgn gula serta menggunakan bawang yg banyak dlm setiap masakan.



RESEPI PES BAWANG
Source : Kak.Raidah

Bahan-bahan
  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  • Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  • Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
  • Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.

0 ulasan:

Catat Komen