Khamis, 24 Mac 2011

Choc Chips Muffin

nie projek malam tadi .. sajer2 jer wat ..  coz semalam p berjalan2 kat dapur k.ummi nengok cam sedap jer muffin .. biler nengok part bahan - bahan sumer der kat umah so pe lagi wat jele .. ehehe .. wat 2 adunan lagi .. yele kene bagi separuh untuk mR.huBby bawak p opis n separuh lagi untuk aku bawak p opis .. jangan xtau ok aku nie ske biler wat kek ker per ker mesti bawak p opis aku n mR. huBby coz kalu dok letak kat umah jer mana larat aku n mR.huBby nak abeskan .. jenuh ko .. hahaha .. kira wat amalan la 2 .. bagi makan kat orang ehehehehe .. 

aku wat versi kukus .. malas nk bako coz dah malam mata plak nagntuk .. ada xpasal2 plak hangus n itam legam ..
 

CHOC CHIPS MUFFIN

Bahan:-
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 3/4 cawan choc chips
Cara Membuat:-
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

0 ulasan:

Catat Ulasan