Rabu, 22 Disember 2010

Ayam Paprik

macam dah lama xupdate blog ngan masakan ... meha aku update sikit tentang masakan sebelum aku bercuti panjang untuk berpantang .. huhuhuhu...


 

Bahan-bahan
300 gm isi ayam ayam
100 gm carrot
100 gm bunga kobis
2 tangkai cili merah
1 labu bawang besar
2 s/b kicap pekat
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
2  helai daun limau purut
5 biji ciliapi -ketukkan
3 ulas bawang putih -ketukkan
1/2 cawan air
minyak

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih
2. Masukkan ayam dan kacau rata.
3. Masukkan carrot, kicap pekat sos tomato, sos cili dan sos tiram. Biarkan mendidih.
4. Masukkan sayuran lain dan kacau rata.
5. Bila mendidih masukkan daun limau purut dan kacau.
7. Hidangkan dengan nasi putih

0 ulasan:

Catat Ulasan