Isnin, 4 Julai 2011

Sambal Sardin

Assalamualaikum . Alhamdulillah bermula dengan hari yang mulia . Pagi isnin yang indah n cerah . Cewahhh bermadah2 la plak . Hihihihihihi . Nie menu yang dah basi . Jangan nak dok2 mintak2 k . Kalu nak wat ikut resepi ok . hihihihihi . Ala setakat sambal sumer reti watkan . Tapi aku tepekkan jugan resepi kat sini untuk sesaper yang kureng pandai k .



Bahan-bahan
1 tin sardin
2 sb cili blend
1 biji bawang besar *
2 biji bawang putih *
sedikit belacan *
air asam
garam / perasa
hirisan bawang besar

Cara-cara
- Tumbuk/Blend bahan yang ebrtanda * . Ketepikan
- panaskan minyak tumis bahan yang telah ditumbuk/blend dan cili blend sehingga pecah minyak
- kemudian masukkan sardin & air asam . Biarkan mendidih
- rasa garam/gula/perasa . Dah ok taburkan hirisan bawang besar dan siap .. Senangkan ..

So pe lagi tryla wat . terlalu senang sangat2 . makan ngan roti pon sedap tau . hihihihi .

niela menu ari jumaat ari2 ... malas nak masak byk2 masak simple2 jer

Khamis, 30 Jun 2011

Kueh Tiaw Kung Fu

Hai semua ... Per khabar ??? Dah sarapan ker ??? Arini aku still lagi puasa ganti hehehehe ... banyak ari ok ... takut tak sempat abes ganti pose dah tiba bulan pose ... camner 2 ??? so kene la ganti puase dulu ... ok semalam aku berbuka ngan kueh tiaw kung fu jer ... malas nak masak nasi ... wat menu yang simple2 jer tapi kenyang ... alhamdulillah semalam wat n makan ngan mR.huBby .. Licin ... sedap sangat ... Jom layan


Kueh Tiaw Kung Fu
Bahan
Kueh Tiaw
2 biji telur
serbuk lada hitam & lada putih
11/2 sb tepung jagung - bancuh dgn air
mix seafood
sayur - lobak merah, kobis bunga, baby corn & dll
2 biji bawang putih
cili padi secukupnya
sos tiram


Cara
1. pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.
2. masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas.
3. tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis... mcm cara nk goreng telur dadar, balikkan supaya kedua-dua belah masak. Angkat setelah masak.
Untuk kuah :-
1. tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
2. tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
3. masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, sos ikan dan sayur-sayuran.
4. biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air). Siap.

Rabu, 29 Jun 2011

Acar Mentah / Darat

Acar Mentah / Acar Darat sama jer pada aku la ... xtau plak pada orang lain ... tapi nie sedap kalu makan ngan nasi minyak/tomato n etc ... resepi dari mak n ibu ... senang sangat ...



Acar Mintah / Darat

2 biji timun ( potong memanjang atau dihiris )
1 labu bawang besar ( hiris nipis)
1 biji cili merah( dihiris nipis)
1/2 biji lobak merah (potong memanjang)
2-3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
4-5 sudu besar cuka makan

Cara membuatnya
1. Satukan semua bahan. Sesuaikan rasa kemudian simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam atau lebih sebelum menghidang.
2. Sesuai di hidangkan dengan  bersama nasi tomato,nasi minyak, dalca, ayam masak merah dan sebagainya.

Sambal Belacan

Menu ulang tayang menu lagi .. ehehehehe .. ala biasela kalu dah memasak 2 xsah kalu xulang 2 3 kalikan ... eheheheehe ... memang wajib ada kat umh ... coz mR.huBby nak makan ngan nasi .. cam xlengkap jer kalu xder ... (kekadang datang malas memag xwat pon) ehehehehe...


 
Sambal Belacan 
Bahan-bahan
4 batang cili merah @ hijau - (nurul lebihkan cili hijau)
8batang cili padi
sedikit belacan 
1 biji bawang besar
perahan air limau kasturi (2 biji limau)
sedikit air masak
garam / perasa / gula

Cara-cara
- hiris bawang besar
- panaskan minyak goreng sebentar bawang angkat .
- kemudian goreng belacan
- masukkan cili, bawang goreng, belacan, air perahan limau kasturi & sedikit air
- blend sehingga hancur 
- masukkan garam, perasa & gula ... 

p/s : kulit limau kalu suka hiris nipis2 dan masukkan dalam sambal belacan .. sedapppppp

Ayam Masak Merah Berempah

Huhuhuhuhu ... nie aku nak update plak untuk resepi Ayam Masak Merah Berempah dari k.nor ... memang marbeles .. bak kata mR.hubBy lagi sedap dari ayam masak merah biase ... ehehehehe .. amceh .k.nor share resepi yang besh n meletoppppppppsss .. xrugi try .. n licin 2 ... plak 2 digandingkan ngan Nasi Ketumbar memang sedap n ngam ....



AYAM MASAK MERAH BEREMPAH 

Bahan :
1/2 ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam

bahan penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan blend:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 btg serai

3 sudu besar cili mesin ~ kurangkan jika tak suka pedas
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
air asam jawa
sedikit air
garam dan gula
minyak

bahan2 sampingan:
2 bj cili hijau ~ dipotong 2
2 bj cili merah ~ dipotong 2
1bj tomato ~ dipotong 6
1 labu bawang besar ~ dipotong 6



Cara
Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak tp jgn terlalu garing.
Angkat dan toskan.
Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan cili mesin. Tumis hingga cili mesin menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng lg hingga kering sedikit dan masukkan sedikit air, masak hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih (yg dah digaul dgn sedikit air panas hingga menjadi paste) serta sos tiram.
Goreng hingga wangi dan garing baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan gula dan air asam jawa.
Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
Masukkan ayam dan bahan2 sampingan (cili hijau, cili merah, tomato dan bawang besar)
Masak lah hingga kuah hampir pekat, angkat dan hidangkan.

Nasi Ketumbar

Assalamualaikum.... alhamdulillah dapat bersiaran pada hari nie .. hehehehehe .. kla semalam p jalan kat dapur k.nor ..atiku sudah tertarik ngan nasi yang berkaler ala2 ijau kat dapur k.nor ... kebetulan semalam aku pose GANTI .. al maklumla bulan ramadhan xlama lagi .. so kenela ganti pose dulu takut xsempat ..hihihihihi .... so balik dari keje bermulala projek membuat nasi ketumbar ...



dapat plak digandingkan ngan ayam masak merah berempah k.nor ... acar mentah ... n sambal belacan ..fuhhh terasa nikmatnya .... mekaceh pada k.nor/k.ayu s'pore ngan resepi nie ... ehehehehe .. kite c n p kat cni ek .. untuk masa akan datang ...


NASI KETUMBAR
resipi : Q'ein @ Myresipi
sumber : Ayu S'pore / K.Nor & Nurul

Bahan:
500g beras
3 s/b mentega-(Ayu guankan minyak sapi)
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus)-(Ayu tapis)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam

Cara-cara
Basuh beras dan toskan
Cairkan mentega bersama sedikit minyak
Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau.
Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.