Selasa, 16 Ogos 2011

Popia Sayur -Battery low.......

Assalamualaikum ... alhamdulillah dapat gak Pn Nurul nie bersiaran semula dalam blogger nie yang kejap timbul kejap tenggelam ... knaper jadi cam2 ????? hahahahhaa ... biasela bulan pose nie my Batt low jer ... dah charge banyak kali pon still low ... wakakakakkaa ... keje nak menaip 2 jadi pemalas betul ... jangan hinggat untuk blogger jer k ... untuk wat kuih raya pon adehhhhhh .. niat je lebey .. biler time nak wat 2 punah semuanya ... jadi pemalas tahap gaban okay ... dahla malas nkngomel panjang2 .. yele bulan pose kan ... ehehehehehe

sosnya xsempat nak amik ..coz siap goreng terus berbuka ... wawawawawawawa


Bahan-bahan
1 paket kulit popia kecil
1 biji bawang merah (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 batang lobak merah (dipotong kecil)
2 genggam taugeh
2 biji tauhu putih (digoreng dan dipotong kecil-kecil)
1/2 kiub ayam
Sedikit garam & gula
Tepung gandum (untuk melekatkan kulit popia)

Untuk sos (*) 10 batang Cili merah 
* 2 ulas bawang putih
* Sedikit cuka makan
* Sedikit garam dan 1 sudu gula

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan sedikit air, lobak merah dan kiub ayam yang dihancurkan ke dalam kuali. Goreng sebentar sehingga lobak menjadi lembut
  3. Masukkan tauhu dan taugeh.
  4. Masukkan juga sedikit garam & gula secukup rasa. Gaul sebentar dan mulalah merasa.
  5. Gaul sehingga kuahnya agak kering dan bolehla diangkat untuk disejukkan sebelum dijadikan inti.
  6. Setelah agak sejuk sedikit, cedukkan lebih kurang satu sudu inti dan diletakkan di tengah-tengah popia.Bungkus popia dan gunakan tepung @ putih telur untuk melekatkannya dan supaya intinya tidak keluar ketika digoreng.
  7. Popia sudah sedia untuk digoreng. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuning-kuningan.
  8. Penyediaan sos. Kisarkan cili merah dan bawang putih.
  9. Panaskan periuk dan masak cili kisar yang telah dikisar tadi di atas api yang perlahan
  10. Masukkan sedikit gula & garam secukup rasa. Tambahkan air untuk mencairkan sos dan cuka untuk menambah rasa masam. Mulalah merasa. Siap!





0 ulasan:

Catat Ulasan