Selasa, 19 Oktober 2010

Hati MAsak Sambal Kicap

Salam sumer... Sowyla dah lama tuan empunya blog nie mendeamkan diri...hihihih...so skunk nie baru nak berblogger semula n nak masukkan masakan yang banyak giler tertangguh..huhuhuhu....so malas nak ngomel panjang2..meh layan resepi nie...


Bahan-bahan :
Hati ayam
3 batang cili padi -hiris
2 biji bawang putih - pecahkan
2 sudu besar cili blend
1 biji bawang - hiris bulat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap
1/2 cawan air

Cara-cara
- Hati ayam di goreng dengan kunyit & garam
- Panaskan kuali tumis bawang putih dengan cili sehingga cili masak
- Masukkan hati ayam yang telah digoreng. Kemudian masukka sos tiram, sos cili dan kicap
- Kemudian masukkan air, bawang dan cili padi. Biarkan mendidih dan siap.

1 ulasan:

Afraliza Yusof berkata...

sedapnyeee...dah lama x mkn hati ayam...perghhh..meleleh ayaq liuq...

Catat Ulasan