Khamis, 25 Februari 2010

KAri Ayam

Semalam aku masak kari ayam...dari minggu lepas lagi nak masak...tapi ada jer resepi laen yang memotong kari ayam...cheewahh...hihihi....semalam aku telah nekad akan memasak kari ayam walaupon banyak resepi2 laen berlegar2 dalam kepala aku nie...so dengan itu meh layan resepi aku nie....resepi xder amik dari mana2 tapi dari mak aku tercayunk....



Bahan-bahan
* Bahan dikisar halus *
10 tangkai lada kering
2 biji lada besar merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit hidup @ 1 sk serbuk kunyit
* Bahan disangai dan dikisar sekali*
1 sb ketumbar
1 sk jintan halus
2 biji buah keras
* Bahan yang lain *
1/2 ekor ayam potong
1 labu bwg besar dimayang
1 sb rempah kari daging dibancuh sedikit air
rempah tumis 4 beradik
1/2 sk halba
1/2 sk biji sawi
1/2 cwn santan pekat & 1 1/2 cwn santan cair
1 keping asam gelugor
1 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang
1/4 cawan minyak utk menumis
garam,gula & serbuk perasa

Optional (1 biji tomato)

Cara-Cara
1.Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan

2.Masukkan rempah tumis 4 beradik, biji halba, biji sawi, daun kari, rempah yg dikisar serta rempah kari daging. Tumis hingga wangi.

3.Masukkan ayam & ubi kentang. Gaulkan ayam & kentang hingga bergaul rata dgn rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit denagn api sederhana.

4.Masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam gelugor serta santan cair. Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.

5.Apabila ayam sudah lembut,masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api. 6.Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap.

0 ulasan:

Catat Ulasan