Khamis, 29 April 2010
munge-munge
Rabu, 28 April 2010
mAgGi goREng mR.hubby
penuh ngn skill woo
separuh ciap
dah masuk maggi nyum...nyum..
cepatla...saya dah lapar nie
taraaaa....dah siap...nyum..nyum...jom makan....
Udang gOreng OaT
Bahan-bahan
Udang (dibersihkan dan dibuang kulit) -xbuang pon...haha
Putih telur- nurul campur jerk telur kuning
Tepung jagung
Oat
Garam
Minyak bijan
Minyak masak
Cara-cara
Udang diperap sekejab dengan minyak bijan dan garam.
Celup udang ke dalam putih telur dan salut dengan tepung jagung.
kemudian celup semula udang tadi ke dalam putih telur dan golek²kan udang ke atas oat.
Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kekuningan/garing
Nasi Ayam
Bahan-bahan
-untuk nasi-
2cawan beras
2helai daun pandan
4biji bawang putih
2sb mentega
air rebusan ayam
-untuk sup-
air rebusan ayam
4sekawan
1 bgks sup bunjut
1inci halia
4biji bawang merah
2biji bawang putih
-untuk ayam-
1/2ekr ayam yang telah direbus
2biji bawang putih-blend
4biji bawang merah -blend
kicap manis
perahan limau nipis - dr 1biji
-untuk sos cili-
8btg cili merah & hijau -campur & blend
2biji bawang putih -blend
perahan limau nipis
gula/perasa/garam
Hiasan
tomato
timun
salad
Cara-cara
-rebus ayam dahulu kemudian toskan ayam.
-untuk nasi : masukkan mentega tumis bawang putih & daun pandan sehingga naik bau. kemudian masukkan beras yang telah dicuci & tos. kacau & masukkan air rebusan ayam. pindahkan ke dalam rice cooker.
-untuk ayam : perapkan ayam dengan bahan-bahan..biarkan seketika kemudian goreng. siap
-untuk sos : masak semua bahan-bahan dan rasa masam, manis, & masin. siap.
Kek Coklat Moist Kukus
kek yang merekah terover kembang hihihihi...
Bahan-bahan
1cawan serbuk koko*
2cawan tepung gandum*
2cawan gula kastor -nurul bubuh 11/2cwn jer
1cawan susu pekat -nurul ganti susu cair bubuh 11/4cwn
1cawan minyak sayur/masak
4 biji telur
1sk soda bikarbonat*
1sk baking powder*
1cawan air panas -yang baru lepas masak
Cara-cara
-panaskan tempat kukus dahulu
-ayak bahan yang bertanda *
-pukul telur sehingga kembang. kemudian masukkan gula
-then masukkan minyak masak n susu cair. kacau rata
-masukka tepung sedikitdemi sedikit sampai habis kacau rata
-masukkan air panas n kacau rata.
-masukkan adunan ke dalam bekas/loyang yang telah digris ngan butter
-kemudian masukkan ke dalam tempat kukus. kukus selama 1 jam/ masak
-siap hiaskan ngan gula2 manik.
kesan rekahan yang terserlah ayu nyer...hihihihi
Isnin, 26 April 2010
nAsi goReng kAMpuNg staiL mR.hubby
Bahan-bahan
4cawan nasi
1biji bawang -hiris
2biji bawang putih -hiris
6biji cili padi -hiris
ikan bilis -ikt nk bubuh banyak mana
6ekor udang/isi ayam
2biji telur
1sk seasoning maggi
2batang sawi
minyak untuk menumis
garam/perasa
Cara-cara
-panaskan minyak kemudian goreng telur bagi hancur angkat & tos
-masukkan bawang mera,putih & cili padi sehingga naik bau
-kemudian masukan ikan bilis & kacau sehingga agak garing
-kemudian masukkan isi ayam/udang. masukkan bahan perasa & seasoning maggi
-masukkan nasi, sawi & telur yang digoreng. kacau rata & siap
Barang Penting Tertinggal
kalu korang nak tau, aku nie jenis biler dah sampai opis nak kuar or p mana2 memang bukan jenis aku..wakakakaka..jenis sampai opis xdernyer nak kuar2....dok wat keje jer...gahjinkan aku nie???? @_@ hope mR.hubby blehla anto hanset aku yang comel 2 time rehat....T_T
Khamis, 22 April 2010
PenATnYEr
Rabu, 21 April 2010
Apam Comel
Bahan-bahan
3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tpg kek
220 gm gula halus- hana kurangkan
150gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder- hana buh dua je
1 sudu kecil ovallete
Inti Kelapa
kelapa parut
gula merah
1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
2 helai daun pandan-pintal
Cara-cara
-Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
-Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
-bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
-masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
-Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.Masukkan inti kelapa.
-Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
-Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.
Utk Inti Kelapa: Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.
Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.
Notes2: Acuan yg biasa i guna ialah acuan lompang & aluminium...kalo boleh, size paper cups sesuaikan ngan acuan.
My Anniversary
aku xderla wat spesel2 pon..beli kek kat kedai jer...hihihihihihi.....n wat chicken chop...refer kat sini k...n xderla wat candle light dinner gak..wakakakkakaa.....mamang sempoi pon celebrate kami tapi bermakna tueeeeeeeeee.....hope sumer followers ku n pengunjung sejati mendoakan kebahagian daku n my hubby...amin...amin....
pic me n hubby
Engagement Anniversary (Award)
Selasa, 20 April 2010
meeting
Chicken Chop aGain
p/s: untuk resepi mashed potato korang leh nengok kat sini k..
Bahan A
2 keping dada/peha ayam tanpa tulang
3 sk serbuk lada itam
1 sk sos lea & perrin
1 sb sos tiram
1 sb kicap
2 bj bawang merah - blend
1 biji bawang putih - blend
sedikit perahan lemon
Bahan B
telur
tepung ubi / kfc
Cara-cara
- Cucuk-cucuk peha ayam dengan garfu
- Perap ayam dengan bahan A (anggaran 2jam atau lebih)
- Panaskan minyak
- Celupkan ayam ke dalam tepung, ratakan keseluruhan kemudian celup ke dalam telur n last celup semula ayam ke dalam tepung sekali lagi. salut rata
- Goreng hingga kekuningan or masak (guna api yang kecil supaya ayam masak rata)
Bahan utk Sos Lada Hitam
1 kuib ayam -guna stock ayam dari tulang ayam
serbuk lada hitam
1/2 biji bwg besar - cincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg di kehendaki
1 sudu mentega/ marjerin
1/2 tin cendawan butang - dhiris
2 sudu besar tepung jagung - bancuh ngan air
garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
-panaskan stok ayam,bawang. didihkan.
-then tapis. buang bwg. didihkan smula.. (nurul xbuang pon)
-masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin,
-garam dan gula jika perlu.
-last skali masukkan bancuhan tepung jagung utk mendptkan kepekatan yg dkehendaki.
-bleh la dcurahkan ke atas ayam atau mashed potato.
Bahan sampingan
kentang goreng/ wedges
sosej
coleslow
beans
salad,jagung dan lain2
Udang Goreng Kacang n Lemon
Sambal Telur version My Hubby
Timun Masak Lemak
Jumaat, 16 April 2010
Soto Nasi Impit @ Bihun
Bahan-bahan
6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
2 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan halus
2 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
lengkuas sebesar ibu jari, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis
Bahan untuk Dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
nurul tambah buah pala dan juga buah keras
Bahan untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah
20 biji lada padi merah thai
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap lemak manis
sedikit gula
Bahan Hiasan
bergedil
taugeh yang telah dicelur -ganti ngan kobis coz hubby xske
daun sup, dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam, yang telah disiat-siat
suhun goreng dan kacang goreng - kacang xder
Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkuas yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap
Tauhu Sambal Kicap
Bahan-bahan:
3 keping tauhu (dibelah dua)
5 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu mkn serbuk maggie cukup rasa/pati ikan bilis- xbubuh pon
2 sudu besar sos tomato -
gula dan garam secukupnya
Goreng tauhu sampai keemasan.
Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan sos tomato, sos tiram, serbuk maggie/pati ikan bilis dan sedikit air. Masukkan pula garam gula daun bawang dan kicap.
Tutup api. Masukkan tauhu yg tlh digoreng tadi ke dalam kuah td dan gaulkan.
Hidangkan.
karipap Kentang
niela rupe karipap aku hihihihihihi.....
Bahan-bahan
2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
2 sudu besar minyak masak - panaskan
garam
air
INTI
5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
2 1/2 sudu besar kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
garam
gula - jika perlu
air
Cara-cara
1.Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
2.Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan. 3.Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan air kering. tutup api.taburkan daun sup.
3. bila inti dah sejuk blehla wat karipap...kemudian goreng then siap.....
sup ayAm special
hahahha....aku fokus kat kentang n lobak 2....
Bahan-bahan
ayam (potong kecil2)
2biji bawang putih
1inci halia
4sekawan
1sup bunjut adabi
1 biji lobak merah
air
Cara-cara
-bawang & halia dimayang
-tumis dulu 4 sekawan dan masukkan bahan yang dimayang & sup bunjut
-tumis sehingga naek bau. kemudian masukkan ayam dan cili padi biar seketika
-kemudian masukkan air tunggu sehingga mendidih
-masukkan kobis bunga, perasa & garam. tunggu sehingga masak n siap....
kUah Kacang @ sambal kacang
Bahan-Bahan untuk Kuah:
20 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci halia
2 batang serai
½ inci lengkuas
4 ulas buah keras (optional)
2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit belacan
½ sudu teh ketumbar serbuk }
½ sudu teh jintan halus serbuk }
½ sudu teh jintan kasar serbuk } …optional (bubuh jika anda suka kuah yg lebih berempah)
(kisar kesemua bahan di atas)
600 gm kacang tanah (disangar dan kisar)
3 cawan air (lebih-kurang)
sedikit air asam
250 gm gula pasir
2 sudu teh garam
air daging (dari perapan daging tadi) -Kalu ada xder pakai air biase jer
secukup minyak
Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik aromanya. Masukkan air, kacang tanah kisar, gula, air asam, air daging dan garam. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda dan tambahlah apa yg perlu. Kacau sehingga mendidih lalu matikan api.
Rabu, 7 April 2010
ayam madu bijan 2
Selasa, 6 April 2010
Ayam Masak Merah
wat berkuah sikit....
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam -goreng dl ngn garam n kunyit
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1cm halia
1 batang serai - diketuk
2 sb cili boh
5 sb sos cili
2 sb sos tomato
1/2 cwn air
garam & perasa
1 biji bawang -mayang bulat2
kacang peas
Cara-cara
- kisar bawang merah, putih halia. kemudian tumis bahan yang dikisar dengan cili boh n serai sampai cili garing
- masukkan sos cili n sos tomato.kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
- masukkan air, garam & perasa...biarkan seketika @ sehingga kuah pekat (ikut kepekatan masing2)
- taburkan bawang yang dimayang & kacang peas...siapppppp
Khamis, 1 April 2010
Bahulu Batik Mekar Kukus
Bahulu Batik Mekar Kukus by K.Fida MyR
125 g tepung gandum*
1 sk baking powder* (*ayak bersama)
115 g gula halus -kurang pada 100g jer coz manis sangat
1/2 sk penuh ovallete
4 1/4 sb susu cair
1 biji telur - A
1/2 sk esen vanilla
1 sk choc. pes (akak guna 1 sb koko dibancuh air jadikan pes)
Pukul semua bahan kecuali choc pes hingga sebati dan pekat.
Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
Bubuh adunan berselan-seli dlm papercup yg tersedia hingga habis.
Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
Sejukkan kuih dan boleh disajikan
#peringatan dari K.Nor dikemudian hari :
1. utk dua adunan, sukatan gula cuma 190gm
2. disebabkan adunan nampak agak pekat K.Nor tambah 60ml minyak sayuran dlm adunan (bukan kata salah resipi tp berkemungkinan besar telur yg K.Nor guna dah lama sket kut)
3. letak adunan 3/4 penuh cup aje.