Isnin, 29 Mac 2010

iKan sIakaP sWeet sOur

sorryla lama x update blog aku nie..yele last week sibuk sangat ngan mertua aku der kat umah...xkan orang datang aku nak dok mengadap pc jerkan..kan...hihihihi....n hubby aku plak cakap mehla kita jamu mereka makan...aku pon masakla beberapa makanan yang aku tau jele...hihihi... mehlayan resepi aku ek..ops!!!!! silap2...bukan resepi aku tp aku skodeng kat dapur k.hana aritu....kak mintak ijin ek cNp kat cni ek... yang tukang menghias plak adalah my hubby...hihihihihi

Bahan-bahan

Utk Ikan Goreng
Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuwai dgoreng
*garam
*serbuk kunyit
*tepung jagung
*tepung kentucky - xbubuh
Utk Sos
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos chili
1 sudu makan sos tiram
sedikit air
1 keping nenas dalam tin - potong dadu
sedikit air nenas
lada benggala merah dan hijau - potong dadu - xder bubuh cili padi jer...hihihi
garam dan gula

Cara-cara
Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
Hiaskan ikut suka dan hidangkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan