Isnin, 29 Mac 2010
tomYam cAmpur
ayam madu bijan
Bahan-bahan
3 keping dada@peha ayam boneless/1/2 ekor ayam potong kecil
*1 sudu makan kicap cair - xder guna kicap biase jer..hihihi
*1 sudu makan cuka
*1/2 sudu makan minyak bijan
*1 sudu kecil gula
*garam dan lada sulah
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras@tepung jagung
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2-3 sudu makan madu - terpulang manis masing2
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair
1/4 cawan air
bijan sangai - utk tabur
Gaul ayam dengan bahan bertanda *. Perap paling kurang sejam.
Panaskan minyak. Masukkan tepung gandum dan juga tepung jagung@beras ke dalam perapan ayam. Gaul.
Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
Utk membuat sos - Satukan semua bahan. Masak di atas kuali sehingga agak pekat.
Masukkan ayam dan gaul rata. Taburkan bijan dan sedia dihidang dengan nasik putih panas.
iKan sIakaP sWeet sOur
Bahan-bahan
Utk Ikan Goreng
Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuwai dgoreng
*garam
*serbuk kunyit
*tepung jagung
*tepung kentucky - xbubuh
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos chili
1 sudu makan sos tiram
sedikit air
1 keping nenas dalam tin - potong dadu
sedikit air nenas
lada benggala merah dan hijau - potong dadu - xder bubuh cili padi jer...hihihi
garam dan gula
Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
Hiaskan ikut suka dan hidangkan.
Selasa, 23 Mac 2010
Apam Balik
Bahan-bahan ( 5 org )
2 cawan tepung naik sendiri } diayak (DJ guna tepung gandum)
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning (tak letak)
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar -nurul latak 2cawan susu cair
1/2 sudu kecil baking powder
Filling:
1 tin jagung krim -for homemade cream corn refer to *** below
1 cawan kacang tumbuk
1 cawan gula
sedikit mentega
Cara-cara
# Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning. # Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. perap 1 hr.
Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega
Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua. sapu sedikit mentega.
1 tin sweet corn + 1/2 cup freshmilk + 2 tbs gula+ 1 biji kuning telur + 2 tbs tepung kastard.
* masukkan semua bahan dalam periuk, masak sampai pekat, sambil lenyek2kan jagung dengan senduk atau hand blender.
Sup Ikan
Isnin, 22 Mac 2010
kek Coklat KUkus
Bahan-bahan
2cawan tepung gandum
2cawan gula
3biji telur
1cawan susu cair
1cawan minyak masak
1sudu baking powder
2sudu soda bikarbonat
1cawan serbuk koko
1cawan air panas
Cara-cara
-ayak tepung,serbuk koko, soda bikarbonat n baking powder
-masukkan semua bahan kecuali air panas.kacau sebati -nurul guna mixer jer
-masukkan air panas sambil kacau rata
-masukkan adunan kedlm acuan n kukus selama 1jam. siap
Ayam Goreng Berempah II
3biji bawang merah
Jumaat, 19 Mac 2010
piZza Lagi
nyum...lihatla topping udang........lapar-lapar
pizza topping udang @ seafood...nym..nyum...
mewahkan topping pizza aku nie...hihihihi
DOH
Bahan-bahan
250 g tepung roti (high protein flour)
130 ml air
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar gula
1 camca teh yis (instant yeast)
1 camca besar madu
1 camca besar lemak sayur (shortening)
2 camca besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh oregano kering - bubuh mixed herbs
UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
BAHAN SOS UNTUK TOPPING
250gm daging ayam
1 biji tomato (kisar halus)
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
2 biji bawang putih-(potong dadu)
5 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili -xletak
2 sudu makan pes tomato
1 /2 sudu teh mixed herb
1/2 sudu teh pizza herb -xletak
garam secukup rasa
sedikit minyak zaiton
Cara-cara
1. Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan tomato yang telah dikisar dan juga daging ayam.
3. Biarkan seketika sehingga daging ayam masak dan berair.
4. Masukkan pes tomato, sos tomato, sos cili, mixed herb, pizza herb dan garam.
5. Biarkan sos pekat sedikit..rasa dulu ..(ikut tekak masing-masing) dan barulah di tutup api. Sejukkan.
Rabu, 17 Mac 2010
Kek Pisang version Sendiri
Isnin, 15 Mac 2010
Family Dinner
licin beb....hihihihi
Khamis, 11 Mac 2010
Masak Lemak Pucuk Ubi
semalam luper nk snap pic...mintak kat en google...
Bahan-bahan
pucuk ubi
200ml santan
10 biji cili padi *
1 inci kunyit hidup *
1 1/2 sb udang kering *
Cara-cara
-Rebus pucuk ubi hingga lembut dan toskan dan perah airnya. Masukkan ke dalam periuk yang akan digunakan untuk memasak.
-Tumbuk bahan2 bertanda (*) hingga hancur 4.
-Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk berisi pucuk ubi. Pastikan santanya setakat sama paras dengan pucuk ubi
-Masak di atas api yang sederhana hingga mendidih. Perasakan masinnya. Siap!!!
Ayam Masak Merah Madu
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit
## Bahan-bahan kisar ##
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu -xbubuh
1/2 cawan sos tomato
1 bg serai (ketuk)
1 sudu madu - resepi asal xder
## Bahan Hias ##
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya -xde stock
Cara-cara
1.Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak 2.Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato n madu. Tumis sehingga naik minyak.
3.Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
4.Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.
Rabu, 3 Mac 2010
FB arini macam bengong
Selasa, 2 Mac 2010
Sup Tulang
Optional : bleh makan dengan sambal kicap..bleh nengok kat sini n sini k
1 sup bunjut adabi
Pizza Thai Seafood
2 cawan tepung gandum
2 sudu yis kering
1/2 kecil sudu garam
1 sudu gula
2 sudu minyak zaitun
1/2 cawan air suam
Cara-cara
gaul tepung ngan gula,garam n minyak zaitun.
campurkan yis ke dalam air suam n masukkan sedikit2 ke dalam adunan tepung.
Uli sampai doh licin. Biarkan adunan sehingga naik 2kali ganda.
Tumbuk2kan adunan n canaikan. sapukan sos pizza,isi pilihan n keju mozarella.
Bakar 15-20 minit.
siap!!